Aug 6, 2014

Kesuraman Melanda Gaza Ketika Hari raya AiDilfitri



#PrayforGaza
#GazaUnderAttack
#SupportGaza
#ICC4ISRAEL

Kanak-kanak semua memakai pakaian baru. Mereka berkumpul untuk menyambut Eid al-Fitr. Namun wajah mereka tidak kelihatan ceria.

Seorang budak cedera menerima mainan baru (Gambar oleh Mohammed Talatene / APA images)

Berusia tiga belas tahun Muayad al-Sahqar tidak lagi balik ke rumahnya di central Gaza. "Kami di sini duduk kerana ketakutan. kami takut jika serangan udara Israel mungkin menyerang  kami jika kami pergi ke luar jalan," katanya. "Kami amat takut."

Biasanya, keluarga Gaza menghabiskan Eid al-Fitr di taman-taman dan restoran.   Hari menandakan berakhirnya Ramadan.dengan makanan dan bersantai. Suasana seharusnya riang di hari itu .
 


kedai kosong

Central Gaza adalah rumah kepada 300,000 orang palestin. Hari-hari sebelum Eid selalunya adalah waktu yang sibuk.Namun tidak pada tahun ini.Kebanyakan orang hanya pergi membeli-belah untuk bahan-bahan makanan. Kedai menjual pakaian dan kasut kebanyakannya kosong.

Hanya terdapat seorang pelanggan sahaja di kedai kasut di pusat membeli-belah di tengah-tengah Gaza pada malam Hari Raya. Beliau membeli kasut untuk anaknya.




"Kami takut," kata al-Muayad Sahqar, dua dari kanan.
(Rami Almeghari)

Wanita itu tidak berfikir tentang meraikan Hari Raya. Sebaliknya, beliau menyatakan harapan bahawa penduduk Gaza akan membuat langkah "ke arah kebebasan dan maruah" selepas menahan kesakitan begitu banyak dalam beberapa minggu kebelakangan ini. "Sekatan Israel mesti berakhir," tambah beliau.

Khaled al-Sheikh, pemilik kedai, menyifatkan kekurangan perniagaan-perniagaan di sini sebagai " tidak pernah berlaku sebelum ini" semasa musim Hari Raya. "kesunyian menyelubungi pusat membeli-belah ini," katanya.

Daripada melawat antara satu sama lain secara peribadi, kebanyakan 1.8 juta penduduk Gaza yang terpaksa bertukar-tukar ucapan selamat Hari Raya melalui telefon.