Oct 7, 2013
ISTANA NABI SULAIMAN TERDAMPAR DI BOROBUDUR
Assalamualaikum
Borobudur yang terletak di sebuah desa yang diberi nama desa Borobudur Kabupaten Magelang,Jawa Tengah sebelum ini dikenal pasti sebagai candi budha.Ia telah didirikan oleh raja samaratungga pada tahun 824 masihi dan disempurnakan pembinaannya oleh puterinya Dyah Ayu Pramodhawardhani pada 874 masihi.
Baru-Baru ini Sekumpulan Saintis dan arkeologi Indonesia membuat kajian untuk menyingkirkan kepercayaan masyarakat yang sudah sebati beraabad di dalam jiwa.Seorang saintis matematik,KH.Fahmi Basya dan pasukan SSQ-DLA, mendakwa bahawa borobudur adalah peninggalan kerajaan Nabi Sulaiman.
Antara bukti yang dikemukakan oleh Fahmi Basya untuk mengaitkan Borobudur dengan kerajaan peninggalan Nabi Sulaiman.PERTAMA, di Borobudur terdapat patung yang belum siap yang dipanggil Unfinished Solomon.KEDUA, Nabi Sulaiman pernah memerintahkan jin dan syaitan untuk membina gedungg tinggi dan patung-patung.KETIGA, mukjizat yang dimiliki Nabi Sulaiman adalah kebolehannya berbicara dengan binatang.Pada dinding Borobudur terdapat ukiran bunga,burung dan binatang yang lain.Begitu juga dengan burung hudhud yang sedang menyampaikan berita tentang saba kepada Sulaiman.
KEEMPAT, di dalam Al-Quran negeri saba mempunyai dua kebun.Dari ayat itu Fahmi Basya mentafsirkan Saba berada di indonesia kerana di Borobudur ada dua daerah yang diberi nama wanagiri dan Wanasaba.Di dalam kamus jawa wana bermaksud hutan dan Saba bermaksud pertemuan.
KELIMA, Saba bermaksud berkumpul atau tempat berkumpul. tempat berkumpul yang dikhabarkan oleh hudhud itu adalah terletak di Istana Boko yang jaraknya 36 kilometer dari Borobudur.Jarak itu juga adalah jarak yang memungkinkan burung hudhud boleh terbang pergi dan balik dalam masa yang singkat.KEENAM, selepas banjir besar yang melanda Saba pokok-pokok yang tumbuh subur dan lebat buahnya bertukar menjadi pokok yang mandul dan berbuah pahit.Fahmi kata, di kawasan Borobudur terdapat pokok yang berbuah pahit yang dipanggil buah maja yang pahit.
Bukti-bukti itulah yang menguatkan keyakinan Fahmi Basya bahawa Borobudur adalah Istana Ratu Saba yang dipindahkan dan kerajaan Nabi Sulaiman terletak di Indonesia. Adakah semua dakwaan itu benar? hanya allah yang maha mengetahui.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment